Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Patung Beruang Buat Dia Ketawa


Ayuni ada seorang adik lelaki yang tidak pernah senyum dan wajahnya seolah-olah tiada perasaan semasa dia kecil. Dari dia lahir sehingga dia mula belajar berdiri, Ayuni tidak pernah nampak dia senyum atau ketawa macam kanak-kanak lain. Dia seorang bayi yang sangat serius dan cepat bosan dengan semua benda di sekelilingnya. Setiap hari Ayah dan Mama serta Ayuni cuba membuat adik lelaki Ayuni senyum atau ketawa. Tetapi tidak berjaya. Adik lelaki Ayuni juga tidak suka Ayuni mendukungnya.

Pada suatu hari, Ayah menghantar seekor patung beruang dari Sydney, Australia, melalui orang bawahannya sebagai hadiah harijadi kelima untuk Ayuni. Patung beruang tersebut sama tinggi dan sama besar saiz badan Ayuni, dan mempunyai hidung merah berbentuk hati. 

Semasa Mama meletakkan adik lelaki Ayuni ke dalam sebuah kotak besar diperbuat daripada kayu yang penuh dengan permainan (adik lelaki Ayuni baru belajar berdiri di atas dua kaki pada masa itu, dan Mama takut dia akan terjatuh dari tangga jika dia merangkak merata-rata dalam rumah, jadi kotak tersebut berfungsi sebagai ruang tempat dia bermain), dan masuk ke dapur untuk memasak, Ayuni menunjukkan patung itu kepada adik lelaki Ayuni untuk membuatnya tersenyum. Dia cuma memberikan reaksi yang selamba sambil membaling keluar semua permainan yang ada dalam kotak tersebut untuk membuat ruang kosong baginya duduk. 

Ayuni mula menari sambil berpusing-pusing dengan patung beruang tersebut di depannya, namun adik lelaki Ayuni masih tidak mengendahkan kehadiran Ayuni. Makin lama menari dan berpusing, makin pening Ayuni rasa sehingga Ayuni tersadung kaki patung beruang tersebut lalu terjatuh.

Tiba-tiba adik lelaki Ayuni ketawa. Ayuni berasa terkejut sebab itu kali pertama Ayuni mendengar suara dia ketawa. Bunyinya sangat merdu. Ayuni mengulangi semula kejadian terjatuh tadi, dan kemudian buat-buat bertengkar dan bergusti dengan patung beruang itu. Adik lelaki Ayuni ketawa kuat-kuat seperti orang terkena histeria dan ini membuatkan Mama terhenti daripada memasak dan segera menjenguk ke luar dapur untuk melihat adik lelaki Ayuni ketawa. Dia berasa pelik melihat kejadian tersebut.

Ayuni cuba mendukung adik lelaki Ayuni keluar daripada kotak untuk menemani Ayuni menonton cerita kesukaan Ayuni di televisyen, tetapi dia tidak mahu. Ayuni pun letakkan patung beruang besar itu di dalam kotak permainan sebelah adik lelaki Ayuni sebelum Ayuni menuju ke ruang tamu. Adik lelaki Ayuni sambung tersenyum bila dia melihat dan menyentuh patung beruang tersebut.

Sekarang adik lelaki Ayuni sudah dewasa dan tidak membesar sebagai orang yang membosankan, walaupun dia tidak ingat langsung kejadian yang Ayuni ceritakan. Dia kini melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Sheffield, England, dan telah berada di luar negara selama tiga tahun.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

6 Komen:

Cik Sue berkata...

saya yang baca pun rasa bahagia la plak hhehehhehe

Mama Myja berkata...

hihik, xsemua orang blh ingat zaman kanak-kanak

Mentadak Ijo berkata...

saya tak berapa ingat zaman kanak kanak.

Ayuni Rafilah berkata...

:)

Ayuni Rafilah berkata...

Betul, bukan semua akan ingat... Ayuni pun cuma ingat sikit-sikit dan ini salah satu apa yang Ayuni dapat ingat.

fayreen mizan berkata...

Happy ending ya :)

Dikuasakan oleh Blogger.