Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Inilah Kucing Paling Monyok Dalam Dunia


Tardar Sauce atau lebih dikenali sebagai Grumpy Cat dalam internet telah diiktiraf sebagai kucing yang paling monyok di dunia. Wajah kucing betina ini kelihatan seperti dia hendak makan orang, namun siapa sangka bahawa wajah perengus ini jugalah yang telah melonjakkan reputasi Tardar di kalangan kucing-kucing popular di alam maya, meraihnya peluang untuk berlakon dalam iklan televisyen dan filem, serta melancarkan beberapa produk di atas popularitinya.

Grumpy Cat sering dijadikan watak parody dalam meme internet.

Grumpy Cat juga mempunyai sebuah buku yang ditulis untuk memberi orang ramai tips dan petua menjadi perengus sepertinya.

Grumpy Cat memiliki rangkaian barangan merchandise yang dihasilkan sempena popularitinya.

Kumpulan Facebook Peminat Grumpy Cat bakal melancarkan minuman kopi Grumpocinno dengan Grumpy Cat sebagai maskot jenama.

Tardar berasa terharu semasa menyambut harijadinya yang kedua.

Tardar bersama piala yang dianugerahkan oleh syarikat Friskies sebagai penghargaan di atas penglibatannya dengan iklan makanan kucing syarikat tersebut.

Syarikat Friskies telah mengupah Tardar dengan harga yang mahal bagi membintangi rancangan "Will Kitty Play With It?" dalam Youtube. Laman web TMZ melaporkan bahawa syarikat Friskies telah menanggung segala perbelanjaan Grumpy Cat sepanjang masa dia bekerja untuk mereka termasuk tiket penerbangan kelas pertama, sebuah bilik hotel peribadi, seorang pembantu peribadi, sebuah kereta BMW X5 bercermin gelap lengkap dengan pemandu, bekalan makanan kucing jenama Friskies tanpa had dan minuman dalam botol.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah kucing nampak di muka.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.