Hati Sang Pencipta Seni
Bunga tidak akan mekar selama-lamanya, ia akan layu lalu mati suatu hari nanti. Segalanya akan mati di dunia ini.
Begitu juga dengan dunia ini sendiri, sama ada ia dianggap sebagai dunia sebenar atau bukan. Suatu karya seni yang dihasilkan, sajak atau lukisan misalnya, umpama mengekalkan memori dan perasaan yang terbuku dalam hati seseorang.
Pencipta seni itu akan mati, namun memori dan perasaan yang terkandung dalam karya seni itu tetap kekal sehingga dunia ini musnah bersama segalanya. Mungkin karya seni itu kelihatan biasa, tidak menarik perhatian, dan bersahaja bagi anda, tetapi apa yang benar-benar berharga adalah sifat ehsan yang telah dicurahkan oleh penghasil seni itu ke atas ciptaannya dengan penuh perasaan.
Seni bukan setakat sekeping kanvas atau kertas dengan lorekan yang dikatakan bermakna... ia adalah hati sang pencipta.

Post a Comment