TIPS & RAHSIA

Cara Makan Coklat Rice Dalam Balang

Coklat Rice nampak sedap dan menggiurkan kerana cara pembungkusannya dalam balang kaca yang menampakkan isi coklat melimpah-ruah dengan lapisan bertih atau cereal yang rangup. Ada yang tak tahu kenapa coklat rice dimasukkan dalam balang kaca dan cara untuk memakannya. Jom kita ikuti langkah-langkah nak makan coklat rice di bawah:


  1. Sediakan air panas mendidih dalam sebuah bekas.
  2. Masukkan balang coklat rice ke dalam bekas berisi air panas. Biarkan selama 5 minit.
  3. Buka penutup botol dan gaulkan coklat yang telah cair bersama bertih beras/emping dalam balang. Boleh dimakan begitu sahaja.


Satu balang coklat rice ini biasanya dijual antara RM5-RM12 mengikut saiz. Anak-anak kecil amat menyukai produk makanan ini. Namun awasi juga pemakanan anak-anak anda kerana makanan sebegini mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sangat tak digalakkan bagi penghidap diabetes.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

10 Komen:

Zayani Zulkiffli berkata...

Pernah beli yang tak payah rebus punya.
Tengah kat luar pun boleh makan. Mudah :)

http://nurulzayani.blogspot.com/

Ayuni Rafilah berkata...

Wah, mudahnya :O ... nanti Ayuni nak cari juga.

Noriza MiracleVitamins berkata...

Sedapnya coklat ni
.nyum nyum

asma langit berkata...

Laaa... Yeke? Saya tak buat pun macam tu dan makan dgn coklat yg keras tu.. Patot la rasa pelik je time makan.. :P
Thanks Ayuni for this info... ^^

Ayuni Rafilah berkata...

^_^

Ayuni Rafilah berkata...

XD

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

ishh akak tak tau pun ada produk camgini lau dapat makan sebalang sedap ni

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Belum pernah rasa lagi ^_^

Ayuni Rafilah berkata...

Ayuni ada stok... 3:)

Ayuni Rafilah berkata...

Cuba rasa satu nanti, sedap :)

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.