REVIEW

Review Teknologi Aplikasi Buycott

Susulan daripada entri Ayuni yang bertajuk Buycott Untuk Boikot, Ayuni juga telah memuat turun aplikasi Buycott melalui Google Playstore dan menggunakannya untuk mengenalpasti status perniagaan beberapa barang keperluan di rumah Ayuni.


Untuk pengetahuan umum, Buycott adalah aplikasi membeli-belah yang membantu pengguna memilih dan membeli produk yang menaja kempen mereka sokong dan memboikot produk yang mana kempennya mereka tidak sokong. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google untuk sistem Android agar mudah dirujuk melalui telefon pintar bila-bila masa sahaja.

 
Pengguna boleh memasukkan jenis kempen yang disokong dan tidak disokong dalam enjin carian sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan

Contohnya, jika anda hendak memboikot barangan yang menaja kempen penjajahan Israel ke atas Palestin, anda cuma tetapkan senarai kempen yang anda sokong dan tidak sokong pada aplikasi Buycott lalu gunakan kamera pada telefon pintar untuk mengimbas kod palang pada barang. Selain daripada kempen berkaitan Palestin, anda juga boleh memilih untuk membeli barangan yang menaja kempen pembangunan pendidikan, kesamarataan hak asasi manusia, pembaharuan perundangan, perlindungan alam sekitar, kebajikan sosial dan sebagainya.

Cara mengimbas kod palang pada barang untuk dianalisis oleh Buycott adalah sama seperti Ayuni tunjukkan dalam entri Ayuni yang bertajuk Adakah Sebab Ini Oral-B Dijual Murah? di mana Ayuni telah mengimbas berus gigi Oral-B yang dijual teramat murah di pasaraya kini. Mari kita cuba imbas bedak padat Max Factor milik Ayuni ini dengan Buycott pula:

Gagal! Max Factor menyokong kempen penjajahan Israel!

Bedak padat Max Factor Facefinity Compact Foundation kegemaran Ayuni ini merupakan keluaran dari Ireland dan tidak dijual lagi di Malaysia sejak tahun lepas. Nampaknya Ayuni harus gantikan bedak padat Ayuni dengan jenama lain. Buycott juga memberitahu pengguna senarai anak-anak syarikat yang berkaitan dengan syarikat pengeluar barang tersebut. Misalnya, L'Oreal mempunyai hubungan perniagaan erat dengan Nestle.

Ayuni juga telah mengumpul beberapa barangan isi rumah yang biasa digunakan untuk diimbas dengan Buycott. Berikut merupakan keputusan imbasan yang telah dijalankan:

Pen Pelikan dan losyen Johnson's Baby 
lulus ujian kempen pilihan Ayuni

Maggi dan Nescafe gagal melepasi 
ujian kempen pilihan Ayuni

Walaupun Buycott mudah digunakan, namun tidak semua produk tersenarai dalam sistem aplikasi ini dan kita perlu memasukkan maklumat tentang produk baru yang belum dikenalpasti oleh Buycott. Sesetengah pengguna yang telah membuat ulasan tentang aplikasi Buycott juga mengatakan bahawa bukan semua data yang diperolehi melalui Buycott adalah tepat.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.