Lumrah bagi golongan wanita memakai gincu pada bibir untuk menyerikan wajah. Namun bukan semua memiliki bibir yang kekal merah setelah gincu menjadi pudar. Golongan wanita yang merokok dan kekurangan vitamin biasanya mempunyai bibir berwarna gelap dan hitam, manakala wanita yang kekurangan darah kerana anaemia atau mengalami haid biasanya memiliki bibir pucat.
Sapu madu
Bila tidak memakai gincu, kekalkan kemerahan dan kelembutan bibir dengan menyapu madu pada bibir. Madu mengandungi vitamin dan mineral yang mampu menghaluskan dan mencantikkan kulit, termasuk kulit bibir.
Campurkan dua sudu besar air panas bersama perahan jus lemon dan dua sudu besar madu. Sapu pada bibir dan biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas.
Guna berus gigi
Sapu Vaseline atau lip balm pada bibir. Urut bibir dengan berus gigi perlahan-lahan selama 10-15 minit.
Cuba dan lihat keberkesanan petua-petua ini pada bibir anda selepas mengamalkannya dalam beberapa minggu... selamat mencuba!