Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Nikmat Manisan Turkish Delight


Pelajar Ayuni yang berbangsa Libya telah pulang dari percutian di Istanbul bersama keluarganya sempena hari raya yang lalu. Memandangkan Libya berada dalam kemelut peperangan sejak 2011, dia dan keluarganya tidak boleh kembali ke negara asal mereka, jadi mereka menyambut Hari Raya bersama saudara-mara yang telah berpindah ke Turki. Pelajar Ayuni tersebut membawa pulang sekotak manisan tradisi Turki yang dikenali sebagai lokum, atau nama mahsyurnya, Turkish Delight, sebagai ole-ole untuk Ayuni.

Nikmat makan Turkish Delight yang dibuat secara asli mengikut resipi zaman Empayar Uthmaniyyah dari negara asalnya memang tak terkata. Rasa lembut, manis dan lemak terkandung dalam Turkish Delight; yang datang dari adunan madu, mawar, lemon, nougat, kacang walnut, dan kacang pistachio, serta disaluti bersama krim tartar; apabila terletak dalam mulut memang mengasyikkan. Rasanya amat luarbiasa - lain dari manisan lain dalam dunia ini.


Sejarah Turkish Delight bermula apabila seorang peniaga bernama Haji Bekir Efendi membuka kedai menjual manisan di Istanbul pada tahun 1777. Kedai dan perniagaan beliau masih wujud sehingga ke hari ini. Turkish Delight mula mendapat nama apabila seorang warga British telah melancong ke Istanbul dan membawa pulang manisan tersebut dalam kuantiti yang banyak ke Britain pada kurun ke-18. Golongan bangsawan dan kelas atasan merupakan peminat utama Turkish Delight. Pada masa itu budaya memberi hadiah Turkish Delight kepada seseorang dalam bungkusan saputangan sutera amat popular di kalangan golongan bangsawan.

Kedai Haji Bekir Efendi dahulu dan sekarang