Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Guna Aplikasi Buycott Untuk Boikot Barangan


Buycott adalah aplikasi membeli-belah yang membantu pengguna memilih dan membeli produk yang menaja kempen mereka sokong dan memboikot produk yang mana kempennya mereka tidak sokong. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google untuk sistem Android agar mudah dirujuk melalui telefon pintar bila-bila masa sahaja.

Contohnya jika anda bercadang hendak memboikot barangan dari Israel atau yang sekutu dengannya, anda boleh menggunakan aplikasi Buycott untuk mengimbas kod palang pada produk tertentu. Setelah mengimbas, Buycott akan mengenalpasti jenama produk, syarikat yang beroperasi di atas jenama produk tersebut, serta syarikat-syarikat lain yang berkaitan dengan syarikat tadi. Buycott akan mengesahkan sama ada pembelian produk itu akan bercanggah dengan kempen yang anda sedang ikuti. Anda perlu meletakkan jenis kempen yang anda sokong dalam sistem Buycott anda terlebih dahulu.

Contoh maklumat yang dipaparkan oleh Buycott untuk mengenalpasti 
samada sesuatu produk patut diboikot

Buycott telah lama digunakan oleh para pengguna iPhone dan Android di Amerika Syarikat untuk memboikot barangan makanan yang dihasilkan melalui pengubahsuaian genetik (GMO) pada tahun 2013. Tahun ini ramai yang menggunakan aplikasi Buycott untuk memboikot barangan berkaitan Israel yang giat menindas penduduk awam di Palestin secara kejam.

Layari laman Buycott.Com untuk info lebih lanjut.