PELIK

10 Haiwan Pelik Yang Jarang Ditemui

Semua haiwan ini wujud dalam dunia sebenar, namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan mereka. Bila dilihat mereka seakan-akan raksasa unik yang ditemui dalam siri anime Pokemon. Hebat betul ciptaan Tuhan, kan?

Tamarin. 
Monyet sebesar tupai. Muka dia macam pakcik yang garang.

Ikan Blob. 
Rupa ikan ini mirip wajah orang tua yang sedang bersedih.

Okapi. 
Spesis zirafah yang jarang ditemui.

Kupu-Kupu Venezuela. 
Juga dikenali sebagai Poodle Moth.

Jerung Goblin. 
Bukan sahaja ia memiliki paruh yang panjang, malah ia juga boleh menyedut mangsa seperti vakum ke dalam mulutnya.

Olm. 
Rupanya sama seperti naga Tasik Chini. Tapi saiz dia kecil sebenarnya.

Rusa Saiga. 
Kini spesis haiwan terancam. Hidungnya besar mirip hidung orang putih.


Udang Mentadak. 
Ia mempunyai cakar yang sangat kuat sehingga spesis ini yang paling besar mampu memecahkan kaca akuarium dengan sekali hentaman.


Kupu-kupu kelicap. 
Seekor kupu-kupu yang menyerupai dan bergerak seperti burung kelicap. Keliru orang tengok dibuatnya.


Ikan kelawar. 
Sejenis ikan yang tidak boleh berenang dan kelihatan seolah-olah ia memakai gincu berwarna terang. Terpikat tak?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

weschairs berkata...

Pelik pelik semua haiwan ni

Ayuni Rafilah berkata...

Ciptaan Tuhan tak terbayang kan?

TunSha Ayunie berkata...

Tiada yang memelikkan andai semua ini ciptaan Allah yang Maha Agung :)

Dikuasakan oleh Blogger.